Want your
own Fotopage?













 
Raja Roshidah Family Di Perantauan

By: ghazali hizam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Sep-2007 11:02 Email | Share | | Bookmark
Hantar Kereta 2

pemberita fauzee dari akimoto melaporkan
daud sedang khusyuk dengar ceramah
bunga api mengiringi ceramah daud
View all 6 photos...
Setelah Suaidi berlepas. Bersama sama pokcik, tan dan syah ke Gytoku dan seterusnya ke Kawasaki Port. Dalam perjalanan selepas dari melintasi Odaiba, Daud, pelajar terbaik waseda university kena tahan kereta peronda polis sebab kesalahan melanggar garisan kuning. Kena 3,000 yen saman.

Sampai di Kawasaki Port, azri dah menunggu. Tanggal plat palang, kemudian serahkan export certificate dan senarai barang dalam kereta kemudian wang sebanyak 108,000 yen untuk 2 kereta dan 89,000 yen untuk yang tiga kereta. Kemudian tinggalkan kereta dengan bonet terbuka untuk pemeriksaan. Kata Azri kereta -kereta ini akan naik kapal pada 5 Oktober dan sampai ke Malaysia pada 19 Oktober. Berhabuklah kereta nampaknya.

Atoq, Hang kelakar macam dulu lagi. Berapa lama lagi kat Jepun?.. Happy New Year mate!! Wed 2-Jan-2008 19:23
Posted by:anjang jasnijaal@yahoo.com
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.... Thu 10-Jan-2008 02:00
Posted by:nna nna7510@yahoo.com.my
Apa Kabar? Posting kat mana sekarang Atoq...di Putrajaya or Kelantan? ( Anjang/Jasni pun singgah sini juga!...Salam!) Thu 20-Mar-2008 06:56
Posted by:halim
View all 12 comments Add comment


Saturday, 22-Sep-2007 09:02 Email | Share | | Bookmark
Keberangkatan Pulang Suaidi ke Malaysia

penuh barang dalam kereta
warga Green Heights mengucapkan salam perpisahan
entah bila pula boleh berjumpa kembali
View all 5 photos...
Selepas itu Suaidi berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki kenderaan mewah saudara Khairul. Selamat kembali ke Tanah Air dan Kembali bertugas untuk nusa dan bangsa kepada Saudara Suaidi.

salam dari bumi bachok .... sedak sunggoh dapat berpuasa dengan keluarga di kg ... cepat2 lah balik hehheheh Sun 23-Sep-2007 02:40
Posted by:yangmazni
Tuan Suhaidi...syabas di atas graduation n selamat kembali ke tanahair...jgk syabas to Kerul san yg sudi menghantar sempai... Sun 23-Sep-2007 12:21
Posted by:nna nna7510@yahoo.com.my
Add comment


Saturday, 22-Sep-2007 08:02 Email | Share | | Bookmark
Hantar Kereta 1

bag besar ni sebenarnya nak dilupuskan
penuh satu kereta
pokcik pun
View all 6 photos...
Pagi pagi lagi sudah bersiap untuk menghantar kereta ke Port. Memandangkan kalau ambil dengan Global Network, barang yang dimasukkan ke dalam kereta tidak dikenakan bayaran, kami masukkan sebanyak mungkin barang ke dalammnya.

Wah...bijak, bijak tuan nih....golf set tu camner... Sun 23-Sep-2007 12:13
Posted by:nna nna7510@yahoo.com.my
basikal tak angkut sekali kaa.... Thu 4-Oct-2007 15:33
Posted by:babah yayan
Add comment


Friday, 21-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kari Number

masukkan nombor kereta
syamel dengan shukri sebagai model sambilan
kereta pokcik pun dah palang tu
View all 4 photos...
Pagi ini ke City Hall cawangan Oonomachi untuk mendapatkan Kari Number bagi kegunaan ke Port esok. Kena pergi ke Kaunter 3, kemudian serahkan dokumen seperti Insurance Kenderaan, Export Certificate, Lesen Memandu dan Gaijin Kad serta tak lupa duit sebanyak 750 yen. Tak lama kemudian nama pun dipanggil dan urusan selesai. Nombor palang ni sepatutnya tak boleh digunakan untuk kegunaan lain selain dari pergi ke port tapi bantai aje lah.

Care to comment?


Thursday, 20-Sep-2007 22:00 Email | Share | | Bookmark
Angkut Barang

yang ini 2 cubic meter
yang ini 9 cubic meter
ini pula 8 cubic meter
View all 8 photos...
Pukul 10 malam, Aizat dan kawan kawan datang ambil barang. 2 lori Nippon Rental Car datang. Mula mula mereka uruskan barang Suaidi dan ukur barang sebanyak 5 cubic meter. Kemudian mereka datang ukur rumah kami pula dan ianya adalah sebanyak 19 cubic meter..jadi semua sekali 190,000 yen campur cukai kastam 30,000 yen dan kos penghantaran ke rumah sebanyak 30,000 yen menjadikan kos penghantaran barang adalah sebanyak 250,000 yen. Selepas 2 jam mengangkut barang kami, kami ke rumah pokcik pula dan barang pokcik adalah sebanyak 14 cubic meter.

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi dan kami meneruskan urusan ke Gyotoku untuk mengangkut barang di rumah Daud pula sebanyak 11 cubic meter. Sebelum ke rumah Daud, bersama pokcik, syah, fauzee, che lee, din dan amran ke Kedai Kopi Jonathan di Gyotoku untuk bersahur sehingga jam 4.00 pagi. Selepas itu terus ke rumah Daud sehingga jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Care to comment?


Thursday, 20-Sep-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Waseda University Graduation Day

pintu masuk ke Ibuka Library
Pelajar Terbaik Waseda memberi ucapan balas
Akhirnya.....
View all 9 photos...
Hari ini tamatlah sudah episod pengajian di Jepun dengan penganugerahan Master of Business Administration dari Waseda University. Penyampaian MBA tersebut disempurnakan oleh Professor Satoshi Amako, Dean of Graduate School of Asia Pacific Studies, Waseda University di Ibuka Masaru Memorial Hall. Program bermula dengan ucapan oleh beliau dan kemudian ucapan balas oleh wakil pelajar, Mohd Daud Mohd Arif....cayalah...kemudian baru penyampaian sijil diberikan. Majlis tamat jam 5 petang dan kami kemudiannya terus ke Saizeria untuk berbuka puasa.

atok & pokcik......omedeto ne.....yatta.......balik ni mu pulun tk4 pulak..... Sat 22-Sep-2007 16:00
Posted by:babah yayan
Tuan, omedetou gozaimas.....tuan dan sempai2 Waseda lain telah mengharumkan nama negara, syabas...balik nanti cepat2 naik pangkat pulok.... Sun 23-Sep-2007 12:04
Posted by:nna nna7510@yahoo.com.my
tahniah Mon 24-Sep-2007 06:29
Posted by:Adzlee
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 19-Sep-2007 13:56 Email | Share | | Bookmark
Kereta kawan Kawan Baru

kereta syah, penghulu baru
kereta sazali, penghulu takara
hebat hebat kereta kawan kawan yang masih berada di negara matahari terbit ni..seme beli kedai, dah tak de yang intai kat auction. Harga pun seme atas 1.5 juta yen.

Care to comment?


Wednesday, 19-Sep-2007 11:06 Email | Share | | Bookmark
Malaysia Boleh, Daud Boleh

senarai pelajar terbaik Batch Oktober 2007
senarai pelajar terbaik Batch April 2007
Tumpang bangga bila sahabat kita menjadi pelajar terbaik Waseda University. Pada semester yang lepas, Aminuddin berjaya mendapat Dean's List..kini giliran Daud pula meneruskan tradisi yang dipelopori Bariah. Tahniah Daud.

Salam perpisahan dari kami di Sapporo (ex-Green Height, Chiba-ken) pada Atoque, Pokcik, Suadi, Tan, dan Daud di Chiba...pada Azhar dan Pokya di Beppu. Jumpa nanti di Msia pada 2009. Tahniah utk Daud kerana best student. Thu 20-Sep-2007 01:18
Posted by:Hardy Hokkudai nur_hardy@yahoo.com
Ex tok ngulu pun tak kurang, dapat MBA di Univ antara terbaik di Jepun dah kira cukup hebat, jare anok melayu.. tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua sempai seangkatan, semoga dipermudahkan segala urusan.. Thu 20-Sep-2007 04:39
Posted by:Md Mahil, Hiroshima  - [Link]
atok, apasal nama nko tak naik haaa.......aku ingat ada laa wakil malaysia di kelas Umezu...nko kan jozu.......brp org anak buah umezu yg deanlist......masa aku, 2 org sangkut......bukan aku la tapi....... Thu 20-Sep-2007 07:47
Posted by:babah yayan
Add comment


Wednesday, 19-Sep-2007 09:25 Email | Share | | Bookmark
Buat Export Certification

last bergambar dengan kereta plet jepun
achik dan syamel aje buat
inilah hasilnya
View all 8 photos...
Pagi pagi lagi bersama Tan, Daud dan Pokcik ke JPJ Narashino untuk buat Export Certificate. Mula mula kena pergi ke pakcik bawah pokok tu dan sebut nak buat export certificate. Antara dokumen yang diminta adalah SURAT PENGESAHAN HANKO, HANKO dan SHAKENSHOU. Duit upah ke pakcik tu adalah 1,150 yen. Kemudian bawa plet kereta yang sudah dibawa siap siap dari rumah ke kaunter 8 kemudian ke kaunter 2 dan tak lama kemudian dapatlah export certificate di kaunter 3. Tak de lagi Shakenshou sebab dia dah ambik.

Kemudian kami ke City Hall Gyotoku untuk dapatkan KARI NUMBER. Nombor palang putih merah untuk tujuan bawa ke pelabuhan nanti. Dokumen yang diminta adalah Export Certificate, Insurance dan lesen Memandu.

Care to comment?


Saturday, 15-Sep-2007 14:28 Email | Share | | Bookmark
Shopping di SATY, Myoden

basikal idaman along
bergambar dengan karektor NHK
achik dan anpanman
View all 6 photos...
mama nak cari hadiah kat Untie Natrah jadi kami ke Saty. Saja jamu mata, nak beli semua mahal walaupun sale.

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.