Want your
own Fotopage?













 
Raja Roshidah Family Di Perantauan

By: ghazali hizam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Mar-2007 23:19 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Dengan TPM di Imperial Hotel, Hibiya

sebelum ketibaan TPM
Ucapan TPM
ada gaya tak
View all 5 photos...
ramai juga kalangan pelajar yang datang ke majlis perjumpaan dengan TPM ni. Antara menteri yang hadir sama, Isteri Pertama Perdana Menteri Jepun, Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Mara.

Makan pun sedap.


Kat Malaysia tak dapat bergambar dengan Datin sri...Inilah peluangnya.. Fri 9-Mar-2007 00:06
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi zabariahhassan@yahoo.com  - [Link]
kalau aku jadi shidah....tidur YS Mart la nko.......achik suruh ayah beli nintendo hat paling latest sekali tuh cepat...... Fri 9-Mar-2007 11:02
Posted by:babah yayan
Memang ada gaya, Boss terima kasih daun keladi bagi pinjam tie..... Sun 11-Mar-2007 15:51
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 5-Mar-2007 03:30 Email | Share | | Bookmark
Kura Sushi, Motoyawata

bergaya dulu sebelum bincang nak makan apa
achik ambil order bila berbunyi siren
sedap juga sushi nya
View all 8 photos...
Pertama kali pergi ke Kura Sushi, Motoyawata, berdekatan dengan Young Bowling Center atau pun Balai Polis yang kita orang buat Parking Certificate. 100 yen sushi yang moden dan menarik tempatnya. Menariknya sebab semuanya menggunakan komputer dan paparan skrin dihadapan. Apabila hendak balik, dapat hadiah pulak tu bila 5 keping pinggan masuk ke dalam sejenis tray khas.


Dua-dua menarik dan sedap cuma yang ni boleh rasa banyak jenis lagi sebab tak payah nak sebut kat tukang buat sushi tu. Thu 8-Mar-2007 06:02
Posted by:atoque
tuan mmg layak digelar maharaja sushi Thu 8-Mar-2007 09:08
Posted by:can mali can  - [Link]


...sedap ke sushi kura2 tu?
Fri 9-Mar-2007 16:36
Posted by:kw
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 27-Feb-2007 13:20 Email | Share | | Bookmark
Yeti Snow Town, Hakone

gambar ehsan Haji Idris dengan D40
gaya memang macam pro
meluncur guna sledge aje lah
View all 12 photos...
Bersama keluarga Amin, Daud dan Haji Idris, kami ke Yeti Snow Town untuk bermain ski buat kali terakhir nya di Jepun ni. Resort ski buatan manusia ini amat popular kerana berdekatan dengan Gunung Fuji yang boleh dilihat dari tempat ini.

Memang cantik tempat ni Wed 7-Mar-2007 23:01
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi zabariahhassan@yahoo.com  - [Link]
fuyoo....akak ngan abang naik sori siap pakai google lagik.... Thu 8-Mar-2007 05:11
Posted by:wachaa
teringat masa pergi Niigata main lumba luncur sori beramai-ramai... Thu 8-Mar-2007 23:52
Posted by:M&R  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 20-Feb-2007 21:35 Email | Share | | Bookmark
Nissan Yokohama Plant

Tengok Kilang Buat Enjin Serena dan Lafesta
tengok sistem enjin
baru faham macam mana enjin bergerak
View all 6 photos...
Minggu ini mengikuti kelas yang terakhir untuk genapkan 40 kredit pelajaran. Seronok juga menghadiri kelas Operation Strategi ajaran Sensei Isao Endo. Kelas bermula jam 1 tgh dan habis jam 5.50, tetapi hari pertama habis jam 4.10 ptg sahaja, Hari kedua mengadakan lawatan ke Nissan Yokohama Plant, hari ketiga lawatan ke kilang Toshiba Electronics, pembuat handphone, hari keempat kelas sehingga 4.10 ptg juga dan hari terakhir final exam yang tak seberapa payahnya. .

40 jam kredit... banyak tue boss, anyway semoga mendapat Master dengan cemerlangnya Fri 2-Mar-2007 13:57
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
habis kelas dah ni ... gapo plak plan lepas ni ... you're being tagged hehhehe, please visit my fp for further details jangan mare Sat 3-Mar-2007 06:57
Posted by:yangmazni  - [Link]
Add comment


Monday, 19-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Baharui Shaken Kereta

tempat betulkan lampu
daudo dan achik setia melihat
bahagian pemeriksaan shaken di Narashino
Pada 15 Februari 2007 yang lalu, bersama Daud (terima kasih banyak-banyak kerana sudi menemankan dan memberi bantuan) ke JPJ untuk membaharui shaken. Sebelum itu, kami telah membuat temujanji melalui telefon dengan arahan yang sangat mudah.

Pertama sekali pergi ke kedai bawah pokok jumpa pakcik untuk isikan borang dan juga memperbaharui insuran body. Upah yang pakcik tu ambil 1,400 yen dan insuran body kereta 31,000 yen. Kemudian ke kaunter 6 untuk pendaftaran pemeriksaan shaken dengan bayaran 51,400 yen. Kemudian terus ke tempat pemeriksaan di laluan 2. Kereta taklah banyak sangat sebab pagi. Tempat yang sangkut macam biasa di bahagian lampu. Kena pergi betulkan dengan bayaran 3,100 yen. 2 kali pergi pulak tu. Setelah lulus segala pemeriksaan, kena check navi pulak sebab guna navi pacak. Nasib baik lulus juga. selepas tu barulah dapat sticker shaken untuk tempoh 2 tahun lagi.

macamana kira tu... blh claim balik sebhg ke atau convert ke shaken tu.. bila nak balik nnti Thu 1-Mar-2007 06:18
Posted by:M&R  - [Link]
Shaken kira sedekah aje lah ke Kerajaan Jepun. Dapat balik nanti pun mungkin Insuran body, itupun kalau tahu macam mana nak tuntut..hehehe Thu 1-Mar-2007 21:35
Posted by:atoque
Boss.... boleh tambah 2 tahun lagi ambil PhD pulak Tue 6-Mar-2007 13:10
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 18-Feb-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Achik Masuk Sekolah

Guano Achik, ok ka?
senyum yang dibuat-buat
kena pakai 2 x, naik kapalterbang balik mesia sekali lagi
View all 6 photos...
Hari ni ke B-Kids, Chiba nak cari baju yang sesuai untuk Achik pergi sekolah dan menghadiri Entrance Ceremony pada 10 April 2007 ni. Kali ni tak mahu pakai baju melayu sebagaimana kebiasaannya tapi nak pakai pakaian yang jarang-jarang kita pakai.


abah dan mama pun kena beli baju baru jugak...nanti nak gambar beramai-ramai semasa entrance ceremony tu....barulah segak Mon 19-Feb-2007 06:39
Posted by:LeeNobe  - [Link]
Pergh.. ada gaya boss ler Achik..... dapat masuk sekolah kat Jepun, sure best punya..... Tue 20-Feb-2007 08:48
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
fuyoo achik....kelas gitu.......nak tanya skit......baju tu ayah beli mana....tanpopo ke seiyu........kalau tanpopo, 2 hari kelas nak mula.....rendam baju tu dlm kolam....pas tu ajak ayah gi seiyu....beli hat baru.....ayah tgh byk duit tuh....kalau tak, dia perabih beli jam kat hard off....... Wed 21-Feb-2007 08:45
Posted by:babah yayan  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 12-Feb-2007 03:34 Email | Share | | Bookmark
Main Bowling di Motoyawata

along memulakan balingan
boleh ke tu angah
mama pun apa kurang gaya "pro" nya
View all 6 photos...
Semalam Achik dan Along mendesak abah ke Gelanggang Bowling di Motoyawata. Pergi lah juga kami sekeluarga ke Motoyawata. Ambil 2 lane, satu untuk abah dan mama dan satu lagi untuk kanak-kanak yang ada besi disekeliling, kesemua kami sekeluarga termasuk syamel bermain. Seronoklah juga terutama yang first timer macam Mama, Angah dan Syamel. Lain kali datang lagi.

Balik Malaysia nanti kena bagi anak2 training main bowling lagi biar besar menjadi pemain bowling kebangsaan. Wed 14-Feb-2007 09:26
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi zabariahhassan@yahoo.com  - [Link]
seronok sekali-sekala dapat main bowling ni...kami baru je gi jengah2 tempat nak main bowling tu tak tau lak bilanya... Wed 14-Feb-2007 11:12
Posted by:M&R  - [Link]
bagus tu...terapkan minat anak-anak dlm bidang sukan...mana tau mungkin ada yg berpotensi...Malaysia Boleh !!!!!!! Sun 18-Feb-2007 02:42
Posted by:LeeNobe  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 11-Feb-2007 09:08 Email | Share | | Bookmark
Ume di Akebonoyama, Kashiwa

angin kuat walaupun cuaca cerah...sejukkkk
pintu pagar dari belakang
pokok tak de daun
View all 12 photos...
Pertama kali ke Akebonoyama dengan kereta untuk melihat-lihat keadaan persekitaran dan juga bunga apa yang ditanam sekarang di sana. Terdapat Ume walaupun belum berkembang penuh. Bunga pun tak tahu jenis apa tapi masih muda lagi nampaknya. Musim bunga tulip nampaknya lambat lagi.

Care to comment?


Wednesday, 31-Jan-2007 12:45 Email | Share | | Bookmark
Toyota City, Nagoya

sampai di Toyohashi
di Toyota City
Hikari 363 jam 7.36 pagi
View all 12 photos...
Kali ini trip bersama-sama zemi members ke Toyota City, Nagoya. Menaiki Shinkansen Hikari kemudian tren kampung ke Toyota City dengan tiket bernilai 16,000 yen pergi-balik amatlah berbaloi sekali.

Care to comment?


Sunday, 21-Jan-2007 10:24 Email | Share | | Bookmark
Hobby Show, Kaihim Makuhari

ramainya orang
masuk percuma lah katakan
sebelum syamel hilang
View all 6 photos...
Kami ke Kaihim Makuhari untuk melihat pameran Hobby Show. Punya lah ramai orang dan pengalaman yang mencemaskan juga berlaku. Syamel hilang buat kali yang kedua dalam sejarah. Puas keliling dewan mencari, akhirnya jumpa di tempat Information Center. Lepas tu tak de mood dah nak melihat lihat. Penat sangat mencari Syamel.

Syamel cari apa sampai hilang...adalah yg menarik perhatiannya tu...makin berserilah rumah tu bila letak telefon antik ya Sat 10-Feb-2007 13:40
Posted by:M&R  - [Link]
anak bongsu ni memang menduga abah n mamanya .... hehhehe .... hmmm, lagu ni gayo nyo, lebih 300 kotak nampaknya ni hehhe (ada lagi 6 bulan untuk membeli belah) Sat 10-Feb-2007 23:04
Posted by:yangmazni  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.