Want your
own Fotopage?













 
Raja Roshidah Family Di Perantauan

By: ghazali hizam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Jan-2007 09:56 Email | Share | | Bookmark
Ito City, Shizouka Prefecture

keretapi kampung aje walaupun namanya ekspress
inilah Ito Station
makan Soba dulu disini
View all 12 photos...
Trip kali ini bersama zemi abah ke Ito City yang terletak 100km dari Tokyo. Kami bertolak dengan keretapi ekspress dengan tambang sekitar 2,000 yen. Tujuan kami ke sini untuk berbincang mengenai tajuk thesis yang akan dibuat dan mendapat pengesahan Professor. Abah tak bernasib baik kali ini sebab dalam perjalanan kena duduk sebelah sensei dan tidur di sana pun sebilik dengan sensei. Segan juga. MUngkin disebabkan abah ni orang yang kedua paling senior dalam zemi selepas sensei... .


Ito City terkenal dengan Soba/Udon dan makanan masin serta pelandongan tepi laut.


Mate, kau memang hebat. Setakat 3 lagu tu celah gigi je. Tentunya prestasi vokal pun sudah semi-pro berbanding dulu. Appearance pun dah sikit-sikit macam Zain Azman.... Fri 9-Feb-2007 16:35
Posted by:kw
So la ni dah mula sibuk dgn thesis..... Patutlah senyap je... Fri 9-Feb-2007 23:22
Posted by:M&R Ishigaki, Beppu
mana gambar onsen....aku tahu......nko sure masuk punya....... Mon 12-Feb-2007 09:51
Posted by:babah yayan  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 4-Jan-2007 10:03 Email | Share | | Bookmark
Setengah Hari bersama Daud, Sal dan Khalid buat Shaken Kereta

check enjin, hon dan lampu brek segala
check asap kereta pula
check lampu..kat sini kereta sal sangkut 2x
View all 10 photos...
Hari ini berpeluang menyaksikan cara-cara kereta sal membuat Shaken. Prosesnya bukanlah rumit sangat cuma dokumentasi aje yang leceh sedikit. Kereta Sal 2x kena betulkan lampu yang katanya menyala tidak serata dan sama. Kami membaikinya di Honda Auto...sementara menunggu kereta siap, kami disajikan dengan minuman percuma dan hadiah istimewa...kereta model honda...kemudian melawat-lawat dan cuba kereta-kereta model terbaru yang ada kat situ.

terimakasihlah kerana sudi melawat FP kami yang tak seberapa.... mananye kete baru.... Sun 28-Jan-2007 12:46
Posted by:kak kham  - [Link]
atok, mai dah branak ke belum.....pokcik senyap je....... Mon 29-Jan-2007 04:16
Posted by:babah yayan  - [Link]
dah hampir sebulan fotopages ni tak update ... tak dak gambar baru ker Sat 3-Feb-2007 06:59
Posted by:yangmazni  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 3-Jan-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Main Bowling di Motoyawata

hajimete di gelanggang bowling
tapi markah nya hanya 31 bagi game yang pertama
achik pun tak kurang hebatnya
View all 6 photos...
Bersama Pokcik, Daud, Amin, Rusdi, Haji Idris, Mahzan, Sazali, along dan achik, kami bermain bowling di Motoyawata. Satu game 700 yen campur sewa kasut 300 yen. Enjoy sakan terutamanya along dan achik yang pertama kali bermain dan menyentuh bola bowling.

Wah bestnyer main boling.... lain kali nak ikut boleh Thu 4-Jan-2007 11:20
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
achik, bakpo tinggal mama kat rumah nyooooo ..... ish tak patut, tak patut, mama pun nok tunjuk skill gak tuh Thu 4-Jan-2007 22:15
Posted by:yangmazni  - [Link]
Boleh dah beli kasut sendiri tu....tak yah ler sewa sampai 300 yen sekali main..... Sat 6-Jan-2007 02:33
Posted by:WanZee  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Jan-2007 06:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Steak

yummy...sedapnya
daging tak liat pun...kalau tidak buang karan aja makan
sampai lupa baca bismillah
Buat pertama kalinya kami makan steak daging pada 18 Disember tahun lepas. Makan pula atas periuk eletrik yang jumpa 2 bulan lepas yang pertama kali digunakan. Sedap tak terhingga sehinggakan along minta dibuatkan sekali lagi.

sedap steak tu..ada resepi ka nak bagi tak liat... Thu 25-Jan-2007 13:23
Posted by:md mahil  - [Link]
Add comment


Sunday, 31-Dec-2006 22:29 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2006

Bersama Y. Bhg. Dato' Mohd Radzi, Duta Malaysia ke Jepun
Bersama Rodzi dan Fauzi
Ahli Rombongan Che Kiah ke Embassy
View all 11 photos...
Berhari raya diperantauan kali yang terakhir pada tahun ini, kami bertolak dari Ichikawaono seawal jam 6.45 pagi dengan 3 buah kereta. Kami membawa keluarga Rodzi bersama, diikuti dengan keluarga Mahzan dengan Mazda Efininya dan Keluarga Syah dan Fauzi yang menyewa kereta Mazda. Kerana jalan tidak lah begitu sibuk dan lampu isyarat pun selalu dapat hijau , kami sampai ke Malaysian Embassy 45 minit kemudian, perjalanan sejauh 33km yang selalunya memakan masa 1 jam hingga 1 1/2 jam.

Kami sempat juga memasuki perkarangan rumah TYT Duta Malaysia ke Jepun, Y.Bhg Dato’ Mohd Radzi Bin Abd Rahman dan bergambar bersama keluarga. Balik dari Embassy, kami rehat sekejap dirumah dan kemudian ke rumah Rusdi kerana meraikan sedikit jamuan hari raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Tue 2-Jan-2007 07:31
Posted by:KA  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga...seronok ya tahun depan raya kat Malaysia pula... Wed 3-Jan-2007 04:22
Posted by:M&R  - [Link]
Mate, selamat hari raya haji. Seronok nampaknya raya kat jepun. Aku raya haji tahun ni tak sempat sembahyang raya. Wed 3-Jan-2007 10:27
Posted by:kw
View all 7 comments Add comment


Monday, 25-Dec-2006 14:30 Email | Share | | Bookmark
Minami Gyotoku Park

banyak benda boleh main
cuaca pun elok sangat untuk aktiviti luar
daripada panjat pagar rumah
View all 10 photos...
Cadangan asalnya ke Ikspiari, Maihama tetapi budak-budak ni semua tak nak naik keretapi, jadi kena lah tukar plan dan cari tempat yang boleh menarik perhatian budak-budak ni. Kalau asyik tengok bunga-bunga, burung-burung pun letih juga, jadi kami ke Minami Gyotoku Park yang terletak tak jauh dari Minami Gyotoku Tozai Line Station. Musim cuti sekolah ni eloklah bawa budak-budak pergi main-main kat taman dari asyik duduk goyang rumah, kejar-mengejar macam "rumah batu", habis seluruh jiran dengar tapak kaki... ...eloklah bawa ke taman...

Bestnya main kat situ... kat Tokyo tak ada salji lagi ke Fri 29-Dec-2006 10:49
Posted by:Idzni  - [Link]
Wah banyaknyer tempat menarik di Ichikawa, memang benri ada kereta nie....senang kemana2 sahaja Fri 29-Dec-2006 13:52
Posted by:Syah sekeluarga syahrunizam@yahoo.com  - [Link]
selamat raya haji boss... tak sembelih lembu ko... Sat 30-Dec-2006 14:44
Posted by:md mahil,yatie,tariq&zaidan  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 25-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jinak-Jinak Merpati

sejuk-sejuk pun jadi juga burung ni
belum makan ke
penuh mulut makan tu
View all 6 photos...
Burung Merpati ni nampak aja jinak tapi kalau nak tangkap seekor pun susah...kenapa ye?


Care to comment?


Sunday, 24-Dec-2006 09:55 Email | Share | | Bookmark
Ichikawa Central Library, Motoyawata

achik dengan basikal barunya
syamel cedera parah semalam kat Yellow Hat
singgah dulu kat Recycle center
View all 9 photos...
Cuaca yang sangat elok, terang benderang walaupun sejuk. Kami dah lama tak gatih basikal lalu dengan lima basikal kami berkonvoi ke Motoyawata. Mama mahu membeli belah kat 68 yen shop, kemudian menjamu mata kat Recycle Centre kalau ada perabot atau almari yang boleh diangkut balik... ...kemudian ke Colton Plaza...apa lagi kalau tak ke Toys-ur-Rus....

rindunya ngan 68 yen shop tuh .... p/s: daripada dok beli eos kiss tu, baik beli noritake dua tiga set ko, ado jugok pekdoh nyo, eos kiss kalau letak dalam almari oghe tok kelih(maklumlah, bila balik nanti, takkan nok kelek eos kiss gi spital kut hehehehh), noritake, klu letak dalam almari, buleh terkeluar biji mata oghe ngelihnyo Sun 24-Dec-2006 12:10
Posted by:yangmazni  - [Link]
beli eos kiss tu atok......baru ada kelas...takkan pakai kamera kecik kot.....noritake tu nanti masuk lemari jugak......org datang baru bawak kuar.....ahaks, ahaks, ahaks.....tapi kalau mazni nak tolong belikan......mu borong la byk-byk..... Wed 31-Jan-2007 04:21
Posted by:babah yayan  - [Link]
Add comment


Saturday, 23-Dec-2006 06:01 Email | Share | | Bookmark
Junsai Ike Pond, Ichikawa City

burung lebih banyak dari Motono
tapi swan tak de lah
gambar dulu....tangan sejuk
View all 12 photos...
Cuaca yang sungguh baik menarik kami untuk keluar dari rumah hari ini. Destinasinya dekat aje....dalam 5.4km dari Ichikawaono. Banyak sungguh burung dan itik yang ada di sini. Kalau nak datang sini, pastikan bawa makanan atau kulit roti untuk diberi makan burung atau itik.


banyaknyer merpati, jinak plak tu kan Sat 23-Dec-2006 08:06
Posted by:KNizam  - [Link]
Menarik la toque, itik Jepun memang tak commercial macam itik Malaysia kan... Sat 23-Dec-2006 13:07
Posted by:bung  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Dec-2006 12:30 Email | Share | | Bookmark
Sawara City, Chiba Prefecture

Jalan ke arah Botanical Garden
mama kata macam England...ye ke tidak kena tanya NEC
bekas rumah peninggalan Inoh Tadataka
View all 12 photos...
Selepas menghantar Che Lee sekeluarga ke Narita International Airport, kami ke Sawara City iaitu sebuah bandar yang terletak disempadan antara Chiba Prefecture dan Ibaraki Prefecture untuk melihat suasana bangunan lama di sana. Dah alang-alang sampai ke Narita Airport yang terletak 55km dari Ichikawaono, singgah lah ke Sawara City yang terletak 19km dari Narita Airport. Kalau naik jalan tol pun bayar 600 yen aje dan pulang melalui Route 51 ke arah Chiba City dan seterusnya Route 16 dan Route 14.

Dalam leaflet banyak mengatakan tentang keunikan bandar ini dan tempat yang sering dilawati oleh pengunjung sama ada luar atau dalam negara Jepun. Kalau nak lihat maklumat tentang Sawara City ni banyak....http://www.sawara-cci.or.jp/aruki/english/origin.html, http://www.sawara-cci.or.jp/aruki/english/index.html

kena besar gambar no 2 tu..... Tue 19-Dec-2006 08:42
Posted by:WanZee  - [Link]
wahhhh lawa gak city ni ya Tue 19-Dec-2006 11:53
Posted by:KNizam  - [Link]
Boss nie baru betul-betul pekan antik dan tradisional...... Tue 19-Dec-2006 16:39
Posted by:Syah sekeluarga  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.